Monday, June 13, 2011

Ω3 SOFTGEL 500mg

  • Minyak ikan adalah minyak yang diekstrak daripada tisu-tisu ikan.
  • Pengambilannya amatlah disarankan demi diet yang sihat kerana ia mengandungi asid lemak Omega-3, EPA dan DHA.
  • Ikan tidak menghasilkan asid lemak Omega-3 secara terus, sebaliknya ia terhasil melalui pemakanan ikan-ikan yang mengandungi mikro-alga.
KANDUNGAN AKTIF

  • Omega-3 ialah asid lemak yang sangat penting, tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh manusia melainkan diperolehi melalui diet.
  • Nisbah Omega-3 yang sepatutnya diambil oleh manusia secara purata ialah 2:1. Namun kebanyakan kita mempunyai kurang Omega-3, dan kerana demikian, pengambilan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan mampu memberi manfaat yang besar.
  • Hanya minyak ikan yang mengandungi Omega-3, EPA dan DHA. Rantaian Omega-3 yang panjang ini memainkan peranan penting dalam menyokong fungsi-fungsi jantung, mata, sistem saraf, buah pinggang dan hati.
KELEBIHAN DAN KHASIAT
  • Membantu mendapatkan jantung yang lebih sihat dan paras kolestrol yang lebih baik.
  • Membantu dalam menjana minda yang cerdas, menaikkan mood, daya tumpuan dan kekuatan memori.
  • Meningkat sistem imunisasi badan terhadap demam, selsema dan sebagainya.
  • Meningkatkan kesihatan sendi, mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan akibat arthritis.
  • Mengurangkan sindrom pra-haid terutamanya senggugut.
  • Meningkatkan kualiti kesihatan rambut, kuku dan kulit.
  • Mengurangkan gejala kelahiran pra-matang.
  • Membantu menangani masalah agresif pada kanak-kanak, terlebih aktif, tekanan dan sikap anti-sosial.
SARANAN PENGAMBILAN HARIAN
  • Dewasa: 1-3 kapsul selepas makan atau seperti yang disarankan oleh doktor

  • Kanak-kanak: 1 kapsul selepas makan atau seperti yang disarankan oleh doktor.

  • Setiap kapsul mengandungi 500mg minyak ikan Omega-3. Kapsul yang digunakan berasaskan gelatin yang telah disahkan halal oleh JAKIM.

  • * Kandungan lain: Gelatin Bovine, glycerin dan air suling.

No comments:

Post a Comment